DEFINISI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)

PSH ditakrifkan sebagai proses pendemokrasian pendidikan melalui penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan menerusi kaedah formal, bukan formal dan tidak formal. 

Menurut Guidelines To Good Practices: Accreditation Of Prior Experiential Learning dari MQA kaedah formal, bukan formal dan tidak formal ditakrifkan seperti berikut:

  1. Formal

Pembelajaran yang disengajakan atau program pengajian yang disampaikan dalam satu konteks yang terancang dan berstruktur (prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej teknikal dan universiti) yang boleh membawa kepada penganugerahan formal atau kelayakan yang diiktiraf.

  1. Bukan Formal (non-formal)

Pembelajaran yang selari dengan sistem pendidikan dan latihan arus perdana. Ianya boleh dinilai tetapi lazimnya tidak akan membawa kepada pensijilan yang formal.

  1. Tidak Formal (in-formal)

Pembelajaran secara berterusan sepanjang hidup serta pengalaman kerja (juga dikenali sebagai pembelajaran berasaskan pengalaman). Ia biasanya pembelajaran yang diperolehi secara tidak disengajakan.